Me'nate Bangi- Sambut Birthday Dik Ad

Assalamualaikum. Eh bulan lepas sambut birthday, bulan ni pun sambut juga? ye awak, Julai ada, Ogos pun ada. September ada dua orang, haha. Kerap la ada agenda makan-makan kan? alhamdulillah. Harini 25 Ogos adalah Birthday Dik Ad. Selamat Hari Lahir yang ke 21 Dik Ad.Moga berjaya dunia akhirat. Dik Ad pilih tempat makan di Me'nate Bangi. Kami keluar lewat petang , alhamdulillah time maghrib dah selamat sampai di rumah. Dekat je tak la terkejar-kejar . 

camne nak sebut.haha kalau sebut bunyi dialek kelantan bunyi dia agak kasar la kan? hehe



rakam kenangan dulu


nyanyi seround.


ni apit punya kot


ni dak Aish punya. ommi, acha dan dik Ad ambil steak


ni kakak punya kot, caim pun ambil menu sama kalau tak silap. big boss ambil salmon

Bila nak makan-makan d Bangi, kami suka pilih lewat petang sebab kurang sikit jem . Senang nak kejar balik solat maghrib di rumah. Disebabkan saya ni mudah terjangkit penyakit memang saya tak suka keluar tempat yang sesak dan dalam jangka masa yang lama. Kalau ke mall memang kena cepat cepat balik dan pilih masa yang kurang orang .




Comments